Rumah Penginapan Koperasi Shamelin Berhad
Rumah Penginapan milik Koperasi Shamelin Berhad (SHAMELIN) terletak di Taman Shamelin Perkasa iaitu Kondominium Shamelin Star menawarkan pengalaman menginap di Bandaraya Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga. Shamelin Star terletak di lokasi yang amat strategik dengan akses kepada kemudahan awam yang berhampiran bagi memudahkan para pelancong. Akses kemudahan awam yang terdapat di kawasan sekitar seperti kemudahan LRT, taman awam, pasaraya dan gedung membeli belah . Kedudukan Taman Shamelin yang terletak berhampiran pusat bandar juga merupakan satu kelebihan. Dengan tempoh perjalanan kira-kira 15 minit ke pusat perniagaan utama (central business district) segi tiga emas, ini menjadikan Taman Shamelin antara lokasi yang sesuai untuk menjalankan perniagaan ini. Ketiga-tiga unit ini mempunyai keluasan yang berbeza iaitu daripada keluasan 979 kaki persegi sehingga 1164 kaki persegi. Kesemua unit-unit Rumah Penginapan SHAMELIN ini ama