Rumah Penginapan Koperasi Shamelin Berhad



Rumah Penginapan milik Koperasi Shamelin Berhad (SHAMELIN) terletak di Taman Shamelin Perkasa iaitu Kondominium Shamelin Star menawarkan pengalaman menginap di Bandaraya Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga.




Shamelin Star terletak di lokasi yang amat strategik dengan akses kepada kemudahan awam yang berhampiran bagi memudahkan para pelancong. Akses kemudahan awam yang terdapat di kawasan sekitar seperti kemudahan LRT, taman awam, pasaraya dan gedung membeli belah . Kedudukan Taman Shamelin yang terletak berhampiran pusat bandar juga merupakan satu kelebihan. Dengan tempoh perjalanan kira-kira 15 minit ke pusat perniagaan utama (central business district) segi tiga emas, ini menjadikan Taman Shamelin antara lokasi yang sesuai untuk menjalankan perniagaan ini.



Ketiga-tiga unit ini mempunyai keluasan yang berbeza iaitu daripada keluasan 979 kaki persegi sehingga 1164 kaki persegi. Kesemua unit-unit Rumah Penginapan SHAMELIN ini amat sesuai untuk diduduki oleh keluarga-keluarga yang inginkan keselesaan sebuah rumah lengkap semasa sedang bercuti di Kuala Lumpur ataupun atas urusan kerja.

Jenis Rumah Yang Ditawarkan Ialah 1 Unit Rumah Premium dan 2 Unit Rumah Deluxe


  • Pautan Rumah Premium Klik Sini


  • Pautan Rumah Deluxe Klik Sini




Kadar sewa untuk setiap unit juga berbeza bermula daripada RM350 satu malam bagi rumah deluxe dan RM390 satu malam bagi rumah premium dan kadar sewa ini adalah amat berpatutan jika dibandingkan dengan kemudahan dan kelengkapan yang telah disediakan.



Antara Kemudahan Yang Boleh Digunapakai Oleh Para Tetamu di Kondominium ini ialah 

  • Kolam Renang Saiz Olimpik 
  • Kolam Renang Kanak-Kanak
  • "Aqua Gym"
  • Gimnasium
  • Bilik Permainan
  • Taman Permainan
  • Tempat BBQ
  • Bilik Karaoke (Atas Kekosongan Bilik)
  • Sauna
  • Yoga Studio
  • Bilik Tarian










Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi kami di talian 03-9285-2155 dan bercakap dengan pegawai kami Encik Fakhruddin Afiq atau Cik Hazilawati atau Whatsapp kami di talian 012-325-8397

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Premium